Selamat Datang Ke Pulau Pinang. Terima kasih kerana memilih Pulau Pinang sebagai destinasi percutian anda. Kami menjanjikan keseronokan yang luar biasa kepada pengunjung. Para Pengunjung dinasihatkan mengutamakan keselamatan ketika melakukan aktiviti. Sebarang pertanyaan dan informasi sila ke kaunter pertanyaan atau hubungi talian bebas tol seperti yang tercatat di buku catatan masing-masing. Sekian terima kasih.
Eh, belum habis lagi aku baru nak mula cerita. Ada rasa teruja nak book tiket ke penang tak. Introduction bukan main promote penang kan. Bagus sangat ke penang tu. Best gila ke penang tu. Best la kot sebab setiap kali aku upload gambar tempat-tempat yang aku lawati kat facebook misti kawan-kawan dan saudara-mara aku komen 'bestnyer', 'seronoknyer', 'bila nak bawak i jalan-jalan penang bebe', 'kak b bila nak bawak ayang jalan penang?macam best je' dan banyak lagi. Untuk pengetahuan korang, dari tarikh hari ini 26/05/2014 dah lebih kurang 6 bulan aku bertapak di negeri pulau pinang nie. So, pasni korang akan tengok entry penang chapter bertubi-tubi sebab banyak gila aku nak kongsikan kat blog nie. Dek kesuntukan masa yang melampau menyebabkan aku terpaksa perap cerita bab penang aku ni berbulan-bulan lamanya.
Selepas menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kejuruteraan awan pada october 2013 maka bermula lah fasa baru kehidupan ku. Alam berdiri diatas tapak kaki sendiri masih goyah. Perubahan dalam yang menbuak-buak dimana ko akan mengalami tekanan hidup tahap dewa. Erh bosan dok rumah bangun tidur mandi gosok gigi sarapan pastu layan slot TV yang tak sempat nak tengok masa belajar dulu pastu ngantuk terlentang depan TV bila rasa lapar bangun makan tengah hari pastu tak tahu buat apa online apply kerja kosong beratus resume send sambil chatting dan FB memanjang sampai subuh pastu tidur tak ingat dunia. Nak shooping poket kosong. Nak holiday duit tak cukup. Nak mintak parents malu kot. Hah! seriously rasa looser giler otak beku stress yang amat. Aku yakin ramai yang mengalami situasi macam aku ni.
Kenangan Terindah konvo Oct 2013
Alhamdulillah berkat doa, uasah dan tawalkal aku diterima bekerja di Penang setelah banyak kali pergi interview tak dapat. Aku manusia yang yakin pada Tuhan dan diri sendiri pasti ada yang lebih baik kan. 02/12/2013 aku start dengan company civil and structure consultancy, Ong Engineering Consultancy sebagai civil engineer. Taget aku memang nak kerja kat consultant sebab kerja dalam aircond tak panas amboi mak kau tapi otak panas kau tahu. Selepas tiga bulan, tiba-tiba tukar jadi Design Engineer/Site Engineer. Sekarang asyik dok design bangunan sakit kepala aku selalu doa cepatlah masa berlalu aku nak join construction pulak. Disebabkan kerja under pressure atmosphere, aku therapy diri sendiri dengan a day trip to penang pada weekend nantikan entrynya ya.
Dengan ini aku sajikan beberapa gambar permulaan aku di penang nie. Selamat datang ke Penang hehehe.
![]() |
Rumah baru. Tiada lagi tilam empuk.Tiada lagi masakan mak. |
Tempat aku mencari sesuap nasi. Tempat aku mengumpul wang dan harta untuk masa tua yang Awesome!
![]() |
Selfie dulu hehehe |
Kerja apa yang aku buat? design bangunan macam mane? macam main lego ke? Meh mak cik afi tunjuk ye.