Rabu, 27 November 2013

Nice to meet YOU.

Assalamualaikum blogerssss

Orang tua-tua gemar berkata, "dari mata turun ke hati". Tiba-tiba teringat lagu Dari Kerana Mata, siapa penyanyi lagu tersebut cik kaki tak tahu tak sempat dan malas pulak nak buat research kat google sebab excited nak update first entry nie. (errr perlu ke) Masa sekolah rendah cik kaki pernah buat persembahan 'Culture Night' Kem Motivasi UPSR kat sekolah pastu cikgu cik kaki bagi idea nyanyi lagu nie sambil menari ala-ala Saloma gitue so menari dan menyanyilah kami satu kumpulan ni. hahaha

Macam terOver plak intro aku hari ini. The points is, hai semua ini blog baru aku setelah blog lama (www.wannuraafiyah.blogsport.com) dah di remove atas sebab-sebab peribadi dan aku tak berniat pun nak berblog kembali tetapi atas alasan ingin mengisi masa lapang aku dengan perkara yang mungkin boleh berkongsi kebaikan atau berfaedah sekaligus bergembira lantas untuk kepuasan manusia ku. 

Walaubagaimanapun blog baru nie lebih mature (yeke hahaha) dimana aku berjanji pada diri ku untuk menulis benda-benda yang positif. Yang pengting aku akan kongsikan ke mana jua KisahKasutKakiKu melangkah. Tak kisah even singgah makan kedai mamak pastu termakan mee goreng mamak tersedap di melaysia ni. Tak pun ter'pergi' myDin pastu terjumpe bende cute. Atau pergi window shopping tiba-tiba empunya butik adidas bagi kasut paling mahal and selesa. Haaa tak teragak kan. Banyak berangan cik kaki nie. Tak pe beranganlah sepuas-puasnya it's FREE. Sebagai manusia biase memang tak boleh lari dari melakukan kesilapan dan mungkin blog ini akan tersasar dari konsep nyer jadi mintak maaf awal-awal hehehe.


Introduce my BS member. Arep, Anep and me. kawan yang paling cool yang aku ada time kat university.

Ok gurls and boys setakat ini dulu buat entry kali ini sehingga berjumpa kembali di masa akan datang. Lastly, always keep updating your professional attitude. 

Bye!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan