Ahad, 9 November 2014

Makaroni Sup Meletop

Assalamualaikum.

weekend kali ni aku tak sempat nak plan apa-apa aktiviti pun dek kesibukan melampau di tempat kerja. Jadi aku jalankan misi 4K's Kitchen. Siapa suka makan Makaroni Sup? okeh gimmie 10. Moh ler kita masak.

OH! BEFORE THAT....

Please, do not skip your breakfast!
my lovely Sunday Breakfast with my favourite red velvet cake plus Hang Tuah Kopi-O and not to forget my Sophie Kinsella.
no more newspaper while having breakfast hehe.

OK! LET'S START COOKING....

Introduce my fav Makaroni Sup in de houze..

Bahan-Bahan:

150g Makaroni
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
100g Sayur Campur
100g Isi ayam/udang

Cara-cara:

1. Makaroni direbus dan ditoskan
2. Tumis bawang merah, bawang putih sampai naik bau.
3. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Masak sampai garing. Masukkan air dan masak sehingga mendidih.
4. Masukkan isi ayam/udang dan sayur campur.
5. Masukkan makaroni.
6. Siap! sedia dihidangkan.

Note:

1. Jangan rebus makaroni tu lama sangat. Once dah mendidih terus tutup api dan toskan. Over rebus nanti makaroni terlamput lembut dan senang pecah.Tak sedap and tak cantik. 

2. Kalau sup tu nak pekat boleh tambah 2 sudu teh tepung jagung dibancuh dengan sedikit air.

UNTIL THEN, THANK YOU AND BYE ....

My First Kek Batik

Assalamualaikum.

Hahahaha apalah mak cik afi ni kek batik pun nak masuk blog ke. Buet malu orang kampung den jo. Actualy, ni first time aku buat kek batik sebab tu aku rasa patut di-diary-kan. hahaha umur 25tahun baru nak buat sendiri maluuu budak tadika pun boleh buat cisss.


Bahan-bahan:

Biskut Marie
3/4 cawan susu pekat manis
1 cawan butter
2 cawan milo
3 sudu besar serbuk koko
1/4 cawan susu segar

Cara-cara:

Mudah saja. Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam kuali. Masak dengan api perlahan sehingga butter cair dan campuran sebati.

Masukkan biskut marie, gaul sebati dan masukkan ke dalam bekas.

Sejukkan dalam peti sejuk.

Note:

1. Jangan simply guna 1 packet biskut marie ke dalam bahan yang dimasak tu. Try half packet dulu kalau nampak macam lembik baru tambah. Bukan pe takut terlebih biskut keras macam batu plak kek batik tu.
2. Serbuk koko tu option. Tak guna pun dah sedap dah.
3. Aku nak buat experiment tukarkan milo dengan bahan lain. jen3


Ok lah. Terima Kasih.

Ahad, 19 Oktober 2014

Spaghetti Goreng Ketika Kelaparan

Assalamualaikum..

Rasa tak kerakusan pak belang membahang mangsanya. Seriously, terlahirnya perasaan nak masak spaghetti goreng ni ketika aku kelaparan plus tengah kekeringan di hujung bulan pastu masak main campak-campak bahan apa yang ada kat dapur bujang aku tu. Sebelum aku share apa bendo den  campak dalam masakan den tu meh den belanjo ekau satu gamba den sompet snap hik3


Bahan-Bahan:

1/3 pek Spaghetti (aku suke angle hair sebab dia halus dan cepat direbus)
Fish Cake (quantiti ikut suka)
1/3 batang Carrot
Bunga Kubis
3 biji Bawang Merah
3 biji Bawang Putih
2 sb Cili Giling (aku beli yang dah kat kedai)
1 sb Sos Cili
1 sb Sos Tiram
1/2 sb Kicap
Garam

Cara-cara:

Panaskan minyak untuk menumis bawang merah dan bawang putih sampai naik bau. Masak cili giling sampai naik minyak pastu masukkan sos tiram, sos cili dan kicap. (kak afi memang suke campur berbagai sos dalam masakan hehe) Masukkan carrot, bunga kubis dan fish cake. Tambahkan sedikit air jika kering dan masak sampai semua bahan masak dan sebati. Lastly, masukkan spaghetti yang telah direbus. Ekau jangan lupa garam penyedap makanan hehe. Sedia dihidangkan.

Sangat ringkas dan ekonomi sesuai sangat bagi aku yang sangat mementingkan 'Saving' dalam kehidupan seharian hahaha..

Sekian terima kasih.

Ahad, 28 September 2014

A Looser Writer

Assalamualaikum.

Anak dara kene bagun awal lepas subuh tak boleh tidur kene pandai masak kene rajin kemas rumah siram pokok bunga bersih halaman rumah pendek kata misti A++ buat kerja-kerja rumah barulah ada jejaka Ohsem masuk meminang. Belajarlah tinggi mengunung ada ijazah master PHD bagai pastu kerja doktor engineer cikgu bagai pun akhirnya ke dapur jugak. Typical malay story bagi gadis-gadis mesia ni. Termasuklah aku tak terlepas dari terkene bedilah mak aku. "Alah mak ni dah nama nyer perempuan dah kawin nanti automatik pandai la". Apa kau ingat kau robot semua nak automatik aje.
Sejak bergelar wanita bekerjaya ni my life totally change. Penat kot even kau tengok aku dok ngadap komputer jer kerja nya. Kau bukan nampak otak aku bergerak dengan halaju kilat berputar 360 darjah. Huh berpeluh. Stress dia sampai kau buat kerja pastu kau tak sedar jam digital pada belah kanan bawah desktop kau menunjukkan pukul 5.30 pm. Tersentap bila daun pintu utama office ditarik dengan rakusnya oleh kak ila officemate aku. Brain freeze sekejap. Automatik tangan aku mengarah tetikus mencari butang 'x'. File save and close. Computer shut down. Penghawa dingin dimatikan. Kunci kereta Audi A4 dan handbag Bonia dicapai. ok aku berangan drive Audi A4 and sandang beg Bonia. Sambung cerita, aku drive dalam keadaan tak berapa nak sedar. Sedar je aku dah sampai rumah siap parking kereta cantik punya. Biol sekejap tertanya aku drive macam mane tadi? langgar lampu merah ke? ikut jalan mana?. Bahaya kot. Selepas kejadian tu aku tak lupa baca doa sebelum drive untuk mengelakkan bende-bende yang tak diingini berlaku.

Aku nak cerita pasal apa ni intro macam tu. Ah layan aje la. 

Yes, weekend here comes. Aku nak tidur puas-puas. Sunday adalah hari tidur seduania. Macam tu la aku slalu dok habaq kat depa. Padahal hari ahad usai subuh sambung tidur kul 7.30 pagi mata aku dah segar bugar. Tak tau nak buat apa roomates masih koma lagi. Nak keluar malas nak bersiap. Jadi buka TV kasi bising sikit. kemas bilik basuh baju jemur baju and masak. Tu lah routine ahad aku bila tak ade plan. Mula-mula penghijrahan aku ke Penang nie excited jugak la aku jelajah penang mengisi waktu weekend kan siap janji lagi dalam entry lepas nak update bagaikan kesudahannya janji tinggal janji. Mane de masa cheq oi. Aku kerja 5 hari setengah 1 hari je aku de untuk lepaskan lelah bekerja jadi makin lama makin malas. Harap dimaafkan.

Hari sabtu aku kerja half day. Seperti biasa weekend ni pun aku tak bekesempatan nak plan apa-apa. Kesebukkan aku mengalahkan PM Najib gayanya kan. Tepat pukul 1 pm aku dengan lemahnyer memandu kereta pulang ke rumah. Sambil melayan lagu yang dimainkan di corong radio Fly.fm otak aku ligat berfikir nak buat apa. Sampai rumah takde orang itu perkara biasa. On TV dengan volume impak maksima abaikan gambar screen yang kurang jelas, Nampaknyer keseorangan lagi aku weekend ni. Nak ajak member lepak malas la pulak. Aku biarkan aje weekend aku berlalu begitu sahaja. Alah sehari je pun cuti.

Perut berbunyi. Hujung bulan ni memang stok makan berkurang makan ala kadar sehaja alah hidup bujan kan. Aku bukan peti ais jenguk apa yang ada. Fish cake, lobak merah, lobak putih dan bawang besar. Hati berkata, sedih bangat sih. Pergi meja depan tengok apa yang bisa dimakan, bihun ade lagi sikit. Hah! bihun goreng singapore aje lah senang and cepat. Tanpa berlengah masak air untuk rendam bihun cepat sikit lembutnyer. Alah bawang putih pulak tak de ah lantak la bawang besar pun jadi lah. Bawang besar, lobak merah, fish cake dan lada hitam okeh ready. Panaskan minyak tumis bawang besar sampai layu sikit masukkan lada hitam yang telah ditumbuk halus kemudian fish cake dan air sedikit. Agak-agak fish cake dah masak masukkan lobak merah pastu bihun dan garam secukup rasa. Tradaaa Siap! emm mandi pastu solat zohor dulu la sedap sikit nak lepak.

Segar rasa lepas mandi dan solat. Bancuh air susu coklat Anlene panas bihun goreng yang sedap tu cedok ke dalam pingan. Sedap jugak bihun goreng bujang aku nie sempat lagi puji diri sendiri. Bersantai lah aku depan TV layan citer omputeh sambil tunggu Running Man kat TV2. Tersadai didinding berlapik bantal dek kekenyangan errrr bosan pulak masuk bilik cari bahan bacaan ternampak novel si fizah, roomate aku. Cinta Sambal Belacan karya Junie Octovian terbitan buku prima pun boleh la. Sambil minun air tengok Running Man tergelak sorang-sorang macam monyet padahal tak kelakar mana pun time iklan baca novel. Wow! 

Eh best pulak layan karya Octovian nie. Tengku Azri yang baru pulang ke mesia selepas bertahun belaja di german dalam jurusan kejuruteraan kimia. Balik rumah ada pulak anak dara arwah mak esah Lily Athirah Binti Abu Bakar McBride merangkap anak angkat Tengku Adila mama Azri. Macam biasalah macam kisah novel yang lain orang miskin kawin dengan anak orang kaya and blabalablabla... Sampai ke malam aku dok layan novel ni. Dengan harapan esok aku nak bangun lambat dalm kul 11 ker 12 ke. Nak bagun lambat tapi tidur awal ape kes. Separuh novel aku baca bosan so aku tidur saja.

Esok nyer harapan nak bangun lambat hampeh. Azan subuh berkumandang dengan lunak nyer. Rumah aku dekat dengan masjid bila azan kedengaran dengan jelas. Bangkit dari tidur terduduk seketika di katil sambil menghayati azan subuh. Habis azan terus ke bilik mandi berwuduk  dan terus solat subuh, Tengok jam pada handfon masih awal jadi sambung tidur kata nak bangun lambat kan. Jam tujuh 7.30 pagi aku tersedar akh awal lagi nie. Maka aku paksa diri untuk tidur lagi disebabkan aku tak ada plan nak masak apa-apa kan. Pukul 9.30 aku sedar lagi kepala aku sudah mula berdenyut mungkin sebab paksa tidur. Tak dapat tahan lagi aku terus bangun mandi dan basuh baju. 

Wah! segarnyer. Kalau mak aku ada mau aku dah kene sembur ni segar kau dah kul 10 pagi baru nak mandi kan. Breakfast roti disapu mentega kacang brand Daily yang murah aje dengan susu coklat Anlene panas. Makan pagi ala omputeh kau jah kelas padahal kemalasan tahap dewa. Selesai sarapan, tak tahu nak buat apa. Buka laci ambil laptop sony vaio warna pink kesayanganku. Kawan aku masa belaja kat UMP panggil baby vaio aku ingt memamg orang panggil baby vaio rupanya saje-saje dia je kan. Rindu pula kat u'alls. Semua dah buat hal masing-masing dah ada kehidupan dan kerjaya sendiri. Tahniah! 

Login akaun FB aku. Scroll atas bawah umm tak ada apa yang menarik. Wujudlah enty ini. Entry ini aku tak ada tajuk khusus. Aku main tekan new entry dan menaip sesuka hati aku. Dah sampai ke penghujung cerita enty ni tapi masih berfikir apa aku nak tulis kat ruang post tittle tu. 

Tiba-tiba aku rasa looser giler buat enty macam nie. Oklah mata aku pun dah layu idea pun makin cetek otak makin kurang berfungsi. Apakata aku sambung tidur. Esok dan hari-hari mendatang hidup harus diteruskan demi satu tujuan satu matlamat yang pasti keutamaan tetap kerana Allah. 

Sekian.

Ahad, 15 Jun 2014

al-Araby Restaurant Seberang Jaya

Assalamualaikum

Baru-baru ni family aku datang penang. Since ayah aku suka makan daging kambing jadi aku rasa nak bawa mereka merasa makanan arab kat penang ni. Selepas puas meronda-ronda pulau kita turun ke darat untuk makan hehehe. Dinner kali ini di al-araby, arab & middle eastern restaurant. Bagi mereka yang gemar makan makanan arab boleh la datang makan disini lokasinya tesco extra seberang jaya. sambil makan boleh shopping terus hehe

Kegemaran daddy, Lamb Haneeth with Briyani

mummy pilih untuk makan chiken briyani

kakak aku oder al-araby Chiken Mendy. Terperanjat aku sebab kakak aku makan habis. Clean&Clear.

Aku pula makan Arabian Shourba sebab aku tahu aku makan tak habis jadi nasi share sikit ngan mummy hehehe

sorry sis, you are not in the pic. Wafiq sibuk nak beli mainan hoho
Portion makanan arab ni mamang banyak jadi aku nasihat makan share kecuali kakak aku sebab dia seseorang yang sangat menikmati dan menghargai makanan hahaha. Disebabkan aku kesuntukan masa, ini saja lah yang mampu aku kongsi.

Sekian, terima kasih.

Sabtu, 7 Jun 2014

BATU FERRINGHI, PENANG

Assalamualaikum

Macam biasa la bila weekend menjelma mulalah mak cik Afi terkapai-kapai kebosanan yang amat. Maka bermula misi menjelajah Batu Ferringhi. Batu Ferringhi salah satu tempat yang famous kat penang ni dan menjadi pilihan pelancong dalam dan luar negeri. Mana tak nyer dengan kedudukan geografi yang strategik, kawasan berbukit, dikelilingi hutan tropika serta pantai yang cantik pasti menarik perhatian terutamanya orang omputeh la. Orang kita juga gemar bersantai dan mandi-manda di pantaikan oleh sebab itu, aku add on penang list nak main aktiviti air kat Batu Ferringhi ni. Bila? Tunggu la. hehehe

Aku sangat suka jalan-jalan kat Batu Ferringhi nie sebab kiri kanan semuanya sedap mata yang memandang. Otak tenang bila tengok benda yang cantik kan. Ada satu kawasan perumahan mewah di atas bukit sana memukau pandangan ku. Aku bermimpi suatu hari nanti rumah itu akan jadi milik ku cewah. Maafkan aku salah satu hobi aku adalah berangan. Tak salah berangan it's free kan so berangan la sepuas-puasnya mana lah tahu angan-angan jadi kenyataan. Tuah manusia tiada siapa yang tahu. 

Jadi kemana destinasi weekend trip aku kali ini? Jom terjah!!

Tropikal Spice Garden

Dalam tengah dok plan mana nak pergi tu kan kak fatin cadang nak tengok wayang. Aish aku pikir bosan la tengok wayang. Otak hanya dipaksa duduk dalam gelap, mata tengok screen besar dan telinga dengar sound yang super duper kuat. Tak sihat bukan. Jadi apa kata kali ni kita santaikan anggota badan yang semamgnya 6 hari tertekan dengan kerja. Sekali lagi kak fatin bawa jalan ke Tropikal Spice Garden menikmati keindahan alam disamping menambah ilmu pengetahuan mengenai herba. Nak cantik semulajadi misti lah datangnyer dari bahan semulajadi kan. Lokasi natural garden ini menjadi pilihan para photographer sebagai set photo shoot untuk wedding dan sebagainya.



Rajin-rajin lah membaca. Budaya membaca budaya malaysia kan.


siapa suke turtle??







Inilah keseronokkan sebenar haha. mak cik afi malu nak angkat kaki macam kak fatin hahahah

Berpeluh mengembara di taman herba ni jom sejukkan badan kat kedai cenderamata. Jom Shopping haha!









Tree Monkey Restaurant

Kaki pun lengoh, alarm perut pun dah berbunyi, anda boleh la rehat sambil menjamu selera serta menikmati keindahan panoraman di Tree Monkey.



Romaktik bagi mereka yang sedang berhoneymoon hehe

Batu Ferringhi Beach

Tiba-tiba tekak ni terasa nak minum air kelapa. Jom basahkan tekak kat tepi pantai. Tenang otak aku tadi tengok kehijauan sekarang tengok kebiruan plan hehe.

Secara tak sengaja terjumpa adik kak fatin kat sini pe lagi "adik tolong snap pica pleaseee hehe".

nice picture of kak fatin

Hard Rock Hotel

Dan kenapa terasan nak rock so kami singgah sebertar kat Hard Rock Hotel. Serious teringin nak book bilik mengadap swimming pool. Bangun pagi terus terjun dalam swimming pool. Seronok! Oleh itu, another Penang list is added hehehe tungguuuuuu.

ini lah bilik yang aku cakap tu. Eh dah kenapa gambar terbalik nie. akh layan ja la hehe

Tak sah kalau tak bergambar kat gitar gergasi ni kan. 

Nak rasa makanan orang kaya sila la ke Hard Rock Cafe. 

Agak panjang entry kali ini. So, kalau datang ke Penang ada la idea nak pergi mana kan. Perjalana mak cik afi masih panjang masih banyak yang belum di teroka.

Bye!

Rabu, 28 Mei 2014

PUNCAK MUTIARA CAFE, PENANG.

Assalamualaikum. 

Sekarang aku kat penang. Orang tanya aku makanan apa yang best kat penang? sepantas kilat aku akan jawab misti la laksa penang haha. Kemain aku dok survey ngan officemate pasal makanan kan. Depa dok habaq mai kat cheq pesembor padang kota, pesembor padang brown, rojak tongek, laksa penang misti pekena dan jeruk Pak Ali favourite 1 mesia kot hahaha. Orang kampung cheq sibuk dok order tok raya dah na masyuk duit raya tahun nie hehehe

Mula-mula bertapak di Penang ni memang aku tak tahu nak jalan mana nak makan kat mana. Yang aku tahu jalan pergi kerja balik kerja. Nasib baik ada kak fatin kawan masa sekolah menengah. Kak fatin dah setahun kerja kat penang. yeaaa dah ada dating partner!! Sempena nak menyambut kedatangan aku ke penang nie, kak fatin ajak dinner kat Puncak Mutiara Cafe. Recommended Restaurant. Kawasan yang strategik jauh sikit dari kesibukkan kota. Parking yang luas disediakan kepada pengunjung. Design mewah dah kretif. Pelbagai jenis ruang makan disediakan. Pelangan boleh memilih untuk makan di bilik berhawa dingin atau candy light dinner di tepi swimming pool berlatar belakangkan sebuah banglo mewah milik pengusaha restoran dan banyak lagi.


Aku dan Fatin pilih nak makan kat swimming pool sebab nak feeling ala-ala dinner kat rumah sendiri lah haha..
Bajet banglo Mr. Mutiara tu aku yang punya lah hehe
Tak cerita pasal makan lagi. Tengok Lamb Chop aku tu meleleh air liur. Nak rasa daging kambing sebenar kat sinilah tempatnyer. Daging kambing ni fresh dari ladang kambing Mr. Mutiara (dengan ini aku namakan tuan kedai Mr. Mutiara hehe). Ladang dia sebelah permis Puncak Mutiara Cafe je tapi thumb up aku bagi sebab tiada sebarang pencemaran bau pun. Jangan risau tiada ganguan masa menjamu selera. Kali kedua aku makan kat sini aku order air coconut shake wow double thumb up. Mushroom Sup original taste kau tahu. Arghhh banyak lagi la menu yang sedap seronok dan best untuk dimakan kat kedai Mr. Mutiara ni. Aku pun stress nak citer banyak sebab tak tercerita. Ada moleknya you alls datang sendiri ok. 


Intoduce Kak Fatin, dating partner aku kat Penang. Thanks bebe

Tak banyak pun gambar yang aku boleh kongsi. I am totally in love with food and place so aku terleka nak sanap gambar banyak-banyak. Kalau rasa tak puas hati sila search sendiri ok.


PUNCAH MUTIARA CAFE, PENANG.