Assalamualaikum
Macam biasa la bila weekend menjelma mulalah mak cik Afi terkapai-kapai kebosanan yang amat. Maka bermula misi menjelajah Batu Ferringhi. Batu Ferringhi salah satu tempat yang famous kat penang ni dan menjadi pilihan pelancong dalam dan luar negeri. Mana tak nyer dengan kedudukan geografi yang strategik, kawasan berbukit, dikelilingi hutan tropika serta pantai yang cantik pasti menarik perhatian terutamanya orang omputeh la. Orang kita juga gemar bersantai dan mandi-manda di pantaikan oleh sebab itu, aku add on penang list nak main aktiviti air kat Batu Ferringhi ni. Bila? Tunggu la. hehehe
Aku sangat suka jalan-jalan kat Batu Ferringhi nie sebab kiri kanan semuanya sedap mata yang memandang. Otak tenang bila tengok benda yang cantik kan. Ada satu kawasan perumahan mewah di atas bukit sana memukau pandangan ku. Aku bermimpi suatu hari nanti rumah itu akan jadi milik ku cewah. Maafkan aku salah satu hobi aku adalah berangan. Tak salah berangan it's free kan so berangan la sepuas-puasnya mana lah tahu angan-angan jadi kenyataan. Tuah manusia tiada siapa yang tahu.
Jadi kemana destinasi weekend trip aku kali ini? Jom terjah!!
Tropikal Spice Garden
Dalam tengah dok plan mana nak pergi tu kan kak fatin cadang nak tengok wayang. Aish aku pikir bosan la tengok wayang. Otak hanya dipaksa duduk dalam gelap, mata tengok screen besar dan telinga dengar sound yang super duper kuat. Tak sihat bukan. Jadi apa kata kali ni kita santaikan anggota badan yang semamgnya 6 hari tertekan dengan kerja. Sekali lagi kak fatin bawa jalan ke Tropikal Spice Garden menikmati keindahan alam disamping menambah ilmu pengetahuan mengenai herba. Nak cantik semulajadi misti lah datangnyer dari bahan semulajadi kan. Lokasi natural garden ini menjadi pilihan para photographer sebagai set photo shoot untuk wedding dan sebagainya.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjExXOBSznG8HB2NULDJRncZqqGn6jkLnOhTEmQbnrWwn-l_7A1yHAo1XPoP_araf2UNEv8hoEmnA8l9WCZ7fyn0x15q90c35O6Q729DgD7fp-d6rH_s6DpdRPEEnDbPedx75avy8kGDdDt/s1600/170520143095.jpg) |
Rajin-rajin lah membaca. Budaya membaca budaya malaysia kan. |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgWPEnrpwCEUmJxmBDlcvquakpS8pLe_Qj4JkkhXuZg1jGTCde8pwhNhIfpwxRJqskXOy_NQ6CQ94X5jtlwU8c7NtnI35pxmYx2RcCK1v3gmkwU3xF1rDA4sAnJCoyo4EIU5QOQVPbyjBhq/s1600/DSC_0039.JPG) |
siapa suke turtle?? |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjIZbcj87mZpyqc-Q2-ZVhaQegFfYL1fC89n8nIwMOwAz3ohjZkWmdFecV6lwVAs3EXXD8ssZ9VhRrDbsbqSHfaLO5NxpaoRgPNDremdZISCK1NyEoOcWOEQqmmp9CbabvlyUxGK8xmsthg/s1600/DSC_0045.JPG) |
Inilah keseronokkan sebenar haha. mak cik afi malu nak angkat kaki macam kak fatin hahahah |
Berpeluh mengembara di taman herba ni jom sejukkan badan kat kedai cenderamata. Jom Shopping haha!
Tree Monkey Restaurant
Kaki pun lengoh, alarm perut pun dah berbunyi, anda boleh la rehat sambil menjamu selera serta menikmati keindahan panoraman di Tree Monkey.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiJXTZl42KnK76rz2YQOBt4bPqH7zYDQMqd1oUXCBIuom5KI8icXObohAV_5egUK04Yb2kjjm7SQKwUl_gDQHp3mqfPJRdoKIaWQdWkab8BYL-6vvq5M3WefWu2LRRl7A1qBMg9JX57u1ct/s1600/DSC_0117.JPG) |
Romaktik bagi mereka yang sedang berhoneymoon hehe |
Batu Ferringhi Beach
Tiba-tiba tekak ni terasa nak minum air kelapa. Jom basahkan tekak kat tepi pantai. Tenang otak aku tadi tengok kehijauan sekarang tengok kebiruan plan hehe.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgmIoaBHoYarVDQzXZB6V0Ic4Drj67C3WwBBBAkedGydJNmo0b8xAL2Caz3BGKVqRRvXgx83pQ_8SFz2MDm7TbNZ5fvVg0nKWl4OK1UEKTGITxLVedPJPUqNUXO-_YGzIKc33_v-WfxKmbu/s1600/DSC_0133.JPG) |
Secara tak sengaja terjumpa adik kak fatin kat sini pe lagi "adik tolong snap pica pleaseee hehe". |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjELLi53bR2ev5yRDq3ndU_5Jpz8QcBBK0U-4Es0680djgWTsjl-nfzLyA-KJhA2Sb09h6CJheaBtAZ2sV4cOmVpvOkfVGp2v4QfgUKSRnpVd6coiUxGAnL6bRjpQUav5RhjdB1VVEpJ5eQ/s1600/DSC_0139.JPG) |
nice picture of kak fatin |
Hard Rock Hotel
Dan kenapa terasan nak rock so kami singgah sebertar kat Hard Rock Hotel. Serious teringin nak book bilik mengadap swimming pool. Bangun pagi terus terjun dalam swimming pool. Seronok! Oleh itu, another Penang list is added hehehe tungguuuuuu.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjuuDfcS78Hrrjlo9L4pF0LhJhpX-qu8SEhKsdPCvTUgB2dzOzp4xx3bvQFUqhHHQBMvnlkrURKLq1sZX7qN8vgyYB8upvD_ne__kyhuSPaIaRIcKGvYIz8J2pyKBs7vwnkSNPwLVoLmt8v/s1600/DSC_0160.JPG) |
ini lah bilik yang aku cakap tu. Eh dah kenapa gambar terbalik nie. akh layan ja la hehe |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgT647syMfJP6LFWiOFbivWLF631jyl58FoA6n_vIN1Dwz4KzyKXwZalOTBLSoBjS6yZU4Ue3WWrErWwmcJXLSoWpqZoSF2i2MmopPIX1BNw09h4hlVMdSyJNOAAHLPWBNVw_q93nhZM5RV/s1600/DSC_0155.JPG) |
Tak sah kalau tak bergambar kat gitar gergasi ni kan. |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjLhWIF_3Gp-sUQOfunlnVefDlRTYlZI7RQVsXCEE5Nb_f7NBRbH6GfKzE095KjjhHELSlECSzzQJvWDmp26chyphenhyphendK9Q_4QQYGETBSNBBUbuzVhD_6SxdOuMjcZwIAn073OoAPYTMuDh0FYl/s1600/DSC_0165.JPG) |
Nak rasa makanan orang kaya sila la ke Hard Rock Cafe. |
Agak panjang entry kali ini. So, kalau datang ke Penang ada la idea nak pergi mana kan. Perjalana mak cik afi masih panjang masih banyak yang belum di teroka.
Bye!